Monday, November 22, 2010

Calon-Calon Syurga Dan Neraka

Sabda Rasul saw : "Semua ummatku layak masuk syurga kecuali mereka yang sengaja enggan masuk syurga." Sahabat bertanya : "Siapakah yang enggan masuk syurga itu ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah saw : "Sesiapa yang taat kepadaku layak masuk syurga dan sesiapa yang menderhakaiku maka sesungguhnya ia lah orang yang enggan masuk syurga."
Hadis ini menjelaskan kepada kita calon syurga ialah mereka yang taat kepada Allah swt dan melaksanakan sunnah Rasulullah saw sementara calon neraka pula ialah mereka yang melanggar perintah Allah swt, melakukan maksiat dan mungkar serta derhaka kepada Allah swt dan Rasul-Nya .
Antara calon neraka ialah mereka yang melampaui batas agama. Tidak peduli dosa dan pahala. Mereka bertindak berasaskan nafsu dan syahwat.
Memburu kepentingan duniawi tanpa peduli halal dan haram. Demikianlah firman Allah swt :
"Maka adapun sesiapa yang melampaui batas (melakukan perbuatan yang ditaja oleh nafsu dan syaithan) dan terlalu kemaruk dengan kehidupan dunia sehingga mengabaikan akhirat maka sesungguhnya neraka jahannam lah tempat tinggal yang layak buat mereka."
Sementara calon syurga pula ialah mereka yang takut kepada Allah swt Tuhan yang Maha Agong. Tidak berani mengangkat muka untuk derhaka dan melanggar hukum Allah swt. Juga orang yang mencegah dirinya dari perangkap nafsu dan syahwah serta bebas dari melakukan perbuatan terlarang seperti rasuah, judi, arak, zina, pecah amanah, zalim dan sebagainya. Firman Allah swt :
".. dan adapun mereka yang takut kepada Tuhannya yang Maha Tinggi dan mencegah dirinya dari nafsu dan syahwah maka sesungguhnya syurga adalah tempat tinggalnya yang paling layak." (Surah an Naazia't : 38 - 41)
Tegasnya syurga tidaklah mudah untuk dimasuki melainkan mereka yang bertaqwa kepada Allah swt, justeru syurga hanyalah diwariskan kepada mereka yang bertaqwa. Taqwa dengan maksud tunduk dan patuh kepada perintah Allah swt dan meninggalkan semua perkara yang dilarang oleh Allah swt.
"Demikian syurga yang kami wariskan dari kalangan hamba-hamba kami akan mereka yang benar-benar bertaqwa." (Surah Maryam : 63)
Sebahagian dari penegasan Al Quran sebagai kalamullah dalam menetapkan calon neraka dan calon syurga dapat kita lihat dari ayat ini :
".. bahkan mereka yang melakukan kejahatan (rasuah, judi, arak, zina, pecah amanah, zalim dan sebagainya) dan ia terus hanyut tenggelam dalam kejahatannya maka mereka adalah penghuni neraka, mereka pula kekal di dalamnya sementara orang-orang yang beriman dan beramal dengan amalan yang soleh, merekalah penghuni syurga, mereka pula kekal di dalamnya." (Surah Al Baqarah : 81)
Ayat-ayat di atas, bolehlah dinilai oleh setiap individu, bagaimana keadaan kita.
Ia pasti sahaja melewati batas sempadan parti politik dan kepentingan suku kaum.
Siapa jua yang tidak melandasi hidup berasaskan manhaj rabbani dan sunnah an nabawi maka ia sendiri tahu bagaimana nasib dan masa depannya di akhirat kelak.
Selebihnya menjadi milik mutlak Allah swt untuk menetapkan keputusannya berkait syurga dan neraka.
Namun tidaklah salah jika kita menyebut kalau kamu buat begini jawabnya neraka dan kalau kamu buat begini tentunya syurga balasan ke atas kamu.
Seperti kita menyebut kepada anak kita, "Hei Awang! Jangan mencuri nanti kamu masuk neraka" atau sebaliknya "Hei Awang! Sembahyanglah kalau kamu nak masuk syurga."
Tentu tidak salah perkataan-perkataan tersebut justeru ia bermaksud untuk mendidik anak bukan menentu syurga atau neraka buat sang anak.

Sunday, November 21, 2010

SAHABAT

Assalamualaikum....

Nampaknya sudah hampir 4 bulan saya x update blog nie....
4 bulan bukan satu jangka masa yg lama bg saya... ksibukan sbg pljr dan anak membuatkan saya kesuntukan masa untuk meng'update blog nie... ape pun, Alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk mengisi ruang yg sudah lama rasanya x terisi nie,..

Baiklah, harini saya nk berkongsi tntg pentingnya kita mempunyai seorg shbt....

apa yg anda fhm tntg istilah 'sahabat'???
adakah ini merupakan istilah bg seorang penjaja jalanan?
atau seorang tukang buat air di gerai makan??
atau seorang pemiutang???
jika ini yg berada dlm fikiran kalian....salah sama sekali....

klu mengikut tafsiran saya... sahabat merupakan seorang yg sentiasa berada bersama dengan kita tidak kira susah atau senang...dia sentiasa membuatkan kita berasa selesa n bertenaga(mcm iklan 100plus la pulak)... sahabat yg terbaik ialah apabila kita bersamanya, kita sentiasa mengingati Allah... e2 lah sebaik-baik sahabat...

saya ada satu soalan. siapakah sahabat yg paling rapat dgn Rasulullah????
TEPAT SEKALI JAWAPAN ANDA(mcm mn bleh tau nih??)

Baiklah, shbt yg paling rapat dgn baginda ialah Saidina Abu Bakar Assiddiq. beliau sentiasa membenarkan setiap apa yang disampaikan oleh Rasulullah sehingga mendapat gelaran 'as-siddiq' dari baginda. Saidina Abu Bakar sentiasa bersama dengan baginda dlm keadaan senang atau susah. Ketika penghijrahan Rasulullah ke Madinah, beliaulah yg sentiasa setia di sisi Rasulullah.

Cuba kita bandingkan sahabat kita dgn saidina Abu Bakar...sama ke jauh beza??? Adakah dia layak digelar sahabat??? Tapi sebelum kita nilai kwn kita, kita nilai dulu diri kita nih.... " Adakah aku sahabat yg terbaik untuk insan sebaik dia???" "Adakah aku berjaya memandu dia kearah keredhaan Allah?" " Adakah aku ikhlas bersahabat dengan dia atau aku hanya ingin menumpang manfaat dari dia?" dan " adakah aku berjaya membuatkan dia mengingati Allah ketika dia bersama denganku??".....

Duhai sahabat-sahabat sekalian, marilah kita hitung balik diri kita.... adakah kita sahabat sehebat saidina Abu Bakar??? klu x hebat pun sekurang-kurangnya kita cuba untuk menjadi hebat sepertinya....

Sabda Rasulullah S.A.W. mafhumnya...

" Daripada Nu'man Bin Basyir radhiyallahu 'anhuma berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W. : Perumpamaan orang2 yg beriman itu dlm hal mereka saling cinta-mencintai, kasih mengasihi dan bertimbang rasa sesama mereka, adalah seperti sebuah tubuh badan. Apabila mana2 anggota ditimpa penyakit, maka seluruh anggota badan akan turut serta berjaga malam dan merasakan demam"... HR BUKHARI DAN MUSLIM.


Jadi, jom kita sama2 melakukan transformasi untuk menjadi sebaik-baik sahabat untuk shbt2 kita.... dan khas buat sahabatku, SYAZWA, moga dikau sentiasa dilindunginya dan trus thabat dlm medan yg penuh dgn mehnah dan cabaran nie... ana uhibbuki fillah....

Sekian, ikhlas dari saya...mohon teguran andai terdapat sebarang kecacatan mahupun kekhilafan... Salam setinggi UKHUWAH sekencang DAKWAH.!!!!!!


sayangilah sahabat anda seperti kucing nie....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...