Thursday, January 21, 2010

Palestin Yang Bermusim

Sudah lupakah kita mengenai Palestin?
Apakah yang berlaku di Palestin?

Adakah isu Palestin ini hanyalah bermusim?

Apabila terjadinya keganasan yang tidak berperikemanusiaan ke atas saudara-saudara kita di Palestin oleh tentera Yahudi Laknatullah seperti berlakunya pada Awal Muharram yang lalu. Baru mahu kita membuka mata? Baru mahu kita bangun daripada lena? Sama-samalah kita berusaha untuk saling peringat-memperingati. Kadang-kadang kelalaian dan kealpaan tumbuh dalam sanubari ini.

Penyakit 'wahn' sudah lama melanda masyarakat Islam. Penyakit yang merupakan 2 dalam 1. Dunia sudah tersemat di dalam hati masin-masing. Akhirat hanya sekadar angan-angan. Berusaha untuk kehidupan di dunia sahaja. Janganlah kita termasuk dalam golongan sebegini.

Daripada Tsauban r.a. berkata:



Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka".



Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?"



Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu daripada hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahn'".



Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahn itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".



Adakah orang Islam di Palestin mencintai dunia? Tidak sama sekali. Bagi mereka, menang atau kalah mereka tetap menang. Mereka berusaha habis-habisan dan bermati-matian. Jika mereka kalah, mereka mati dalam keadaan syahid.



Itulah cita-cita yang paling tertinggi yang seharusnya ada dalam jiwa kita ini. Namun,seharusnya kita perlu berubah dan merubah suasana kehidupan kita. Perlunya bermula daripada pembinaan diri (Tarbiyaah Tdzatiyah).


Wanita:Agar Dikau Bahagia



Dr. Aidh Al-Qarni
Kepada setiap muslimah yang rela Allah swt sebagai Rabbnya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai Rasulnya.



Kepada setiap pendidik yang berjihad di jalan Allah dengan untaian kalimahnya, menjaga norma-norma nya dan menyucikan jiwanya.



Kepada wanita yang bimbang dan bersedih, berbahagialah dengan dekatnya kemudahan, datangnya pertolongan Allah swt serta janji pahala yang besar dan terhapus segala dosa.






Tidak ada kecantikan bagi seorang wanita, tiada pula keindahan, harga diri dan kedudukan kecuali beriman kepada Allah swt. Apabila dirinya tegak di atas jalan ini, maka dia lah wanita yang mendapat petunjuk, diterima amalnya dan menjadi wanita pilihan disisi RabbNya.



Namun, jika dia melepaskan jalan kebenaran tersebut,kafir terhadap Tuhannya, mengingkari agamanya dan melepaskan tuntutanNya, maka dia lah cermin kepada wanita yang murahan, hina dan terbuang.





Pada saat itulah sinar kecantikan seorang wanita mula menghilang, walau berkalung gugusan bintang di langit, meskipun bermahkota bintang gemini dan matahari terbit di keningnya.





Wahai wanita muslimah yang jujur, wahai wanita mu'minah yang selalu kembali kepada Allah.



Jadikanlah dirimu itu seperti sepohon kurma. Jauh dari keburukan, menjulang tinggi menghindar dari sifat mengangau. Dilempar dengan batu dia menjatuhkan buahnya, tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberikan manfaat kepada sekalian manusia.



Jadilah engkau orang yang menjauhi perkara-perkara yang rendah, keperibadianmu terjaga dari segala pola hidup yang menipu rasa malu. Ucapanmu adalah zikir, pandanganmu melahirkan ibrah, diammu adalah berfikir.



Saat itulah engkau mendapatkan ketenangan dan akan diterima oleh penduduk bumi. Tercurah segala pujian yang baik-baik, doa yang jujur dari semua makhluk, dan Allah swt akan menjauhkanmu dari awan kesempitan, bayang-bayang ketakutan, dan gumpalan kekeruhan.



Tidurlah berbantalkan curahan doa orang-orang mu'min, lalu bangunlah untuk meraih pujian yang ditujukan kepadamu. Saat itulah engkau mula menyedari bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada simpanan harta, kad kredit dan kereta, rumah yang bagaikan istana, mahupun pada kasih nya seorang manusia, namun pada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji. Kedamaian hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan pula mengabdi kepada hamba, namun kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.



Pesanku, jadilah seorang wanita yang bermaruah, yang punya kedudukan tinggi di sisi Tuhannya. Di mana namanya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan para malaikat, dan yang berjaya memperoleh cinta yang Teragung, iaitu cintanya Ya Rabb lantas menjadi wanita yang paling bahagia di dunia.

SAHABAT SEJATI


Ya Allah...
Alangkah indahnya persahabatan itu,jika ia terjalin keranaMu...Ya Allah,nikmatnya perasaan saling-sayang menyayangi yang telah Engkau hadirkan ke dalam diriku ini...Tp, kenapa aku begitu jahil???Baru kini kusedari yang diriku ini terlalu menyayangi sahabat-sahabatku...Sebelum ni, aku hanya bersahabat kerana takut kesunyian...Tapi,bilaku semakin dewasa, baru aku sedari,persahabatan itu INDAH.Apabila kedua sahabat saling menyayangi keranaMu, ikatan itu semakin kukuh,utuh,teguh... Aku takut Ya Allah, andai diriku rebah dalam kehidupanku ini,siapa yang akan membangunkan aku,jika sahabat-sahabatku semakin meninggalkanku kerana tuntutan ilmu??? Aku sangat menyayangi mereka Ya Allah...Mereka sahabatku dunia dan Insya Allah akhirat..Ya Tuhanku,kau telah hadirkan padaku sahabat-sahabat yang sangat memahami diriku,yang sentiasa membantuku apabila aku kecundang dan sentiasa menuturkan butir-butir semangat apabila aku lemah...Namun,kini Kau telah mentakdirkan mereka berpisah denganku...Ya Allah, Engkau takdirkanlah sahabat yang lebih baik daripada ku apabila mereka berada di sana nanti...Kau hadirkanlah kepada mereka sahabat yang jauh lebih sempurna daripada diriku...Kau permudahkanlah urusan mereka...Kau peliharalah diri mereka...Lindungilah mereka seperti mana mereka melindungiku semasa aku tewas dengan tipuan dunia...Aku mencintai mereka Ya Tuhanku...Izinkan mereka terus hidup di dalam hatiku... Izinkan aku bersama dengan mereka di FirdausMu....

Antara 2 cinta yang ingin ku miliki,
Cinta insan dan cinta Ilahi,
Pasti yang utama cinta Ilahi,
Kerana cintanya cinta hakiki,
Antara 2 insan yang ingin ku miliki,
Kekasih hati dan sahabat sejati,
Pasti yang utama sahabat sejati,
Kerana setianya sukar ditemui...
Daripada sahabat  yang sentiasa menyayangi kalian...AKA.



PEMUDI ISLAM SEJATI




Wahai pemudi Islam sejati...
Tidak jatuh pandangannya pada dosa...
Tapi jatuhnya dosa pada air mata...
Tidak terbuka katanya dari dusta...
Tapi terbukanya dusta melalui kejujuran...
Tidak tertumpasnya tanggungjawab pada khianat...
Tapi tumpasnya khianat kerana amanahnya...
Tidak rebah kakinya menghadapi ujian...
Tidak rebahnya ujian dipalu cokmar kesabaran...
Tidak hilang maruahnya pada cinta dunia...
Tapi hilangnya cinta dunia dirampas cinta pada PENCIPTA...

Salam mujahadah ya ukhti fisabilillah...
Jaga HATI, Jaga IMAN, Jaga AMAL...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...