Monday, September 6, 2010

Buat Gadis Kesayanganku


www.iluvislam.com




Gadisku…


Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Namun…tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari diri, umpama mawar merah, dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta panahan warnanya yang terserlah indah mengundang kekaguman kepada sang kumbang..tapi awas..duri yang melingkari dirinya bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.


Gadisku…


Aku suka sekirannya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah. Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah.  Hiasilah wajahmu dengan titisan wudhuk. Ingatlah bahawa cirri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah…umpama sebutir permata yang didedahkan untuk perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup…sudah pasti keinginan diri kuat untuk melihat permata yang tersembunyi rapi tentulah melebihi daripada yang terdedah. Wanita solehah yang taat dan patuh kepada Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam. Namun, segalanya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana bertentangan dengan nafsu serakah yang bersarang di dalam dirimu lebih-lebih lagi ‘title’ gadis yang engkau miliki, sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada. Namun ingatlah gadisku, sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah pasti akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu. Yang paling penting gadisku engkau mestilah mempunyai azam, usaha dan istiqamah.


Gadisku…


Akuilah dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki. Seandainya pakaian malumu kau tanggal dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu. Sesungguhnya Nabi S.A.W ada mengatakan tentang bahaya dirimu “Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita”. Oleh itu gadisku, setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Jangan biarkan orang lain mengeksploitasi dirimu untuk kepentingan tertentu. Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam, kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tanganmu.




Gadisku…


Dalam hidupmu engkau pastinya ingin disayangi dan menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insan, namun ramai antara kaummu yang tewas kerana cinta. Bercinta itu tidak salah, tetapi memuja cinta itu yang salah. Ini kerana disebabkan cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta juga maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian besarnya kerana cinta. Benarlah sabda Rasullullah S.A.W yang membawa maksud “Sesungguhnya cinta itu buta”. Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan batil jika engkau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan bukan kerana Allah S.W.T. Sebelum engkau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu, mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik, yang berasal daripada setitis air yang tidak beharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah S.W.T. Semoga itu mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadap Allah dan timbul rasa cinta dan kasih kepada Penciptamu.


Gadisku…


Menyintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai. Tetapi, apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti akan bertaut kembali. Dalam usia mudamu, sibukkanlah diri dengan ilmu yang mampu menajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslimahmu. Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat.


Akhir kalam, terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiyah sebagai renungan bersama. “Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kabahagian yang hakiki untuk seorang insan dan ia tidak kekal abadi kerana manusia itu sering membuatkan seseorang kecewa, gagal, merasa terseksa. Oleh itu, tiada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagian dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri…”


Saturday, August 28, 2010

MUHASABAH CINTA - EDCOUSTIC

 

BERPAKAIAN TETAPI BERTELANJANG

Insya Allah, post kali ini saya ingin berkongsi satu hadis dengan para pembaca...Semoga kita peroleh manfaat darinya.

"Buat para ibu, isteri, kakak, adik-adik perempuan serta para suami dan ayah yang sayangkan isteri dan anak-anak perempuannya, Rasulullah S.A.W. telah memberi amaran berkenaan satusikap golongan hawa yang menjadi penghalang mereka daripada mencium bau syurga. Bau syurga pun tidak dapat dihidu, apatah lagi melangkah kaki memasukinya. Nauzubillah! Moga Allah melindungi kita semua."

Hadis daripada Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :\
 " ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. akubelum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka (sanggul/fesyen rambut) bagaikan bonggol unta yang senget.Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh." (Riwayat Muslim no.3971) Dalam riwayat Imam Malik, ada sambungan hadis ini iaitu "...Bau wangi syurga dapat dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan."(Al-Muwatta' no 1421)

Jom kita hayati video klip ni....

Saturday, August 7, 2010

Tinta Da'ie

Assalamualaikum...
Rasanya dah lama ana tak update blog nie...
kesibukan sebagai seorang pelajar membataskan ana untuk memanfaatkan kemudahan ICT nie...
Baiklah, kali nie ana akan ceritakan serba sedikit persoalan-persoalan yang sering timbul dalam kalangan remaja khususnya remaja wanita...

Kadang-kadang ana sering ditanya...
" Kenapa wanita kena tutup aurat???"
" Apa aurat wanita lebih banyak berbanding lelaki?"
dan 1001 soalan lagi yang sering ditanya kepadaku...

Mungkin soalan ini terlalu remeh untuk dijawab. Sebabnya kita sendiri dah memahaminya dengan jelas dan Allah memudahkan kita untuk menerimanya. Namun bagaimana pula dengan sahabat-sahabat kita yang agak sukar untuk menerimanya???Adakah kita perlu memperlekehkan persoalan sebegini.
Tidak sama sekali...
Setiap huraian dan hujah yang kita berikan perlulah berhikmah agar mereka tidak terkilan dengan apa yang kita katakan...Maklumlah, hati wanita sukar diramal... Kadang2 ana pun bingung jugak bila berhadapan dengan situasi yang mendesak ana untuk menegur terutamanya bila berkaitan dengan aurat wanita.:
"mcm mana la nak tegur nie,klu teguq takut terasa,klu x teguq,nanti aku yang kena tanggung?"

Ana pasti,tentu persoalan ini sering timbul dalam kalangan daie ... Tapi ana tertarik dengan hujah seoarng ikhwan di sekolah ana berkenaan amar makruf nahi munkar nie... antaranya...
1)"Biaq kita malu di dunia nie,jangan kita malu kat akhirat.Bila kita malu di dunia,kita hanya malu depan ummat Nabi Muhammad ja, tp klu kita malu kat akhirat, kita malu depan ummat Nabi Adam sampai la ummat Nabi Muhammad.Lagila malu."
2)Klu seseorang tu meredhai maksiat,maknanya dia pun buat maksiat tu.(klu x clap,nie hadis Nabi,klu clap mohon teguran)...

Sebab tu la, kita digalakkan berada di dalam jemaah. Bila ada jemaah,kekuatan jadi berganda-ganda... Obor-0obor dakwah akan menyala dengan maraknya.Klu orang nak tentang kita, kita ada sahabat-sahabat yang akan sokong dan bagi dorongan dkt kita...

Berkenaan dengan persoalan-persoalan tadi, ana mengambil pendekatan mudah iaitu dengan merujuk pada ustaz... Jawapannya:

" Wanita tu banyak aurat yang kena jaga sebabnya wanita itu sangat istimewa... Hatinya yang lembut memudahkan doanya dimakbulkan oleh Allah... Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1000 lelaki yang soleh... Sebenarnya banyak keistimewaan wanita. klu nak cerita, mesti x cukup page... Tp sedarlah duhai wanita muslimah yang dihormati, dirimu begitu berharga.Tanganmu yang lembut bisa menggoncang dunia.dan kau juga merupakan fitnah bagi manusia.Kerana itulah Allah menyuruh kita menutup aurat. Ingat, setiap apa yang Allah tetapkan, pasti ada hikmahnya..."

Duhai srikandi islam yang dicintai, dikau permata agama..Keindahanmu bisa menarik perhatian sang kumbang.
Lindungilah dirimu dengan perisai iman dan takwa,agar Allah jua akan melindungimu dengan KuasaNya. Allah akan menjaga dan memelihara hambaNya yang beriman... Jom sama-sama kita berubah kearah yang lebih baik...

Friday, July 9, 2010

IDEALNYA SEORANG PEMUDA


Bismillahirrahmanirrahim...  
Bukankah wanita baik untuk lelaki baik dan lelaki yang buruk untuk yang buruk juga
Malam telah larut terbentang. Sunyi. Dan aku masih berfikir tentang dirimu, akhi. Jangan salah sangka ataupun menaruh prasangka. Semua semata-mata hanya untuk muhasabah terutama bagi diriku, makhluk yang Rasulullah SAW katakan sebagai pembawa fitnah terbesar.

Suratmu sudah kubaca dan disimpan. Surat yang membuatku gementar.Tentunya kau sudah tahu apa yang membuatku nyaris tidak boleh tidur kebelakangan ini.

"Ukhti, saya sering memperhatikan anti. Kalau sekiranya tidak dianggap lancang, saya berniat berta'aruf dengan anti."

Jujur kukatakan bahawa itu bukan perkataan pertama yang dilontarkan ikhwan kepadaku. Kau orang yang kesekian. Tetap saja yang 'kesekian' itu yang membuatku diamuk perasaan tidak menentu. Astaghfirullahaladziim. Bukan, bukan perasaan melambung kerana merasakan diriku begitu mendapat perhatian. Tetapi kerana sikapmu itu mencampak ke arah jurang kepedihan dan kehinaan. 'Afwan kalau yang terfikir pertama kali di benak bukannya sikap memeriksa, tapi malah sebuah tuduhan: ke mana ghaddhul bashar-mu?

Akhifillah,
Alhamdulillah Allah mengurniakan zahir yang jaamilah. Dulu, di masa jahiliyah, kurniaan itu sentiasa membawa fitnah. Setelah hijrah, kufikir semua hal itu tidak akan berulang lagi. Dugaanku ternyata salah. Mengapa fitnah ini jesteru menimpa orang-orang yang kuhormati sebagai pengembang risalah da'wah? Siapakah yang salah di antara kita?

####

"Adakah saya kurang menjaga hijab, ukhti?" tanyaku kepada Aida, teman sebilikku yang sedang mengamati diriku. Lama. Kemudian, dia menggeleng.

"Atau baju saya? Sikap saya?"

"Tidak, tidak," sergahnya menenangkanku yang mulai berurai air mata.
"Memang ada perubahan sikap di kampus ini."

"Termasuk diri saya?"
"Jangan menyalahkan diri sendiri meskipun itu bagus, sentiasa merasa kurang iman. Tapi tidak dalam hal ini. Saya cukup lama mengenali anti dan di antara kita telah terjalin komitmen untuk saling memberi tausiyah jika ada yang lemah iman atau salah. Ingat?"

Aku mengangguk. Aida menghela nafas panjang.

"Saya rasa ikhwan itu perlu diberi tausiyah. Hal ini bukan perkara baru kan ? Maksud saya dalam meng-cam akhwat di kampus." Sepi mengembang di antara kami. Sibuk dengan fikiran masing-masing… .

"Apa yang diungkapkan dalam surat itu?"

"Ia ingin berta'aruf. Katanya dia sering melihat saya memakai jilbab putih. Anti tahu bila dia bertekad untuk menulis surat ini? Ketika saya sedang menjemur pakaian di depan rumah! Masya Allah…. dia melihat sedetail itu."

"Ya.. di samping itu tempoh masa anti keluar juga tinggi."

"Ukhti…," sanggahku, "Anti percaya kan kalau saya keluar rumah pasti untuk tujuan syar'ie?"

"InsyaAllah saya percaya. Tapi bagi anggapan orang luar, itu masalah yang lain."Aku hanya mampu terdiam. Masalah ini sentiasa hadir tanpa ada suatu penyelesaian. Jauh dalam hati selalu tercetus keinginan, keinginan yang hadir
semenjak aku hijrah bahawa jika suatu saat ada orang yang memintaku untuk mendampingi hidupnya, maka hal itu hanya dia lakukan untuk mencari keridhaan Rabb-nya dan dien-ku sebagai tolok ukur, bukan wajahku. Kini aku mulai risau mungkinkah harapanku akan tercapai?

####

Akhifillah,
Maaf kalau saya menimbulkan fitnah dalam hidupmu. Namun semua bukan keinginanku untuk beroleh wajah seperti ini. Seharusnya di antara kita ada
tabir yang akan membersihkan hati dari penyakitnya. Telah kucuba dengan segenap kemampuan untuk menghindarkan mata dari bahaya maksiat. Alhamdulillah hingga kini belum belum hadir putera impian yang hadir hanya dalam angan-angan. Semua kuserahkan kepada Allah Ta'ala semata.

Akhi,
Tentunya antum pernah mendengar hadis yang tersohor ini. Bahawa wanita dinikahi kerana empat perkara:kecantikannya, hartanya, keturunannya,atau diennya. Maka pilihlah yang terakhir kerana ia akan membawa lelaki kepada kebahagiaan yang hakiki.Kalaulah ada yang mendapat keempat- empatnya, ibarat ia mendapat syurga dunia. Sekarang, apakah yang antum inginkan? Wanita solehah pembawa kedamaian atau yang cantik tapi membawa kesialan? Maaf kalau di sini saya terpaksa berburuk sangka bahawa antum menilai saya cuma setakat fizikal belaka. Bila masanya antum tahu bahawa dien saya memenuhi kriteria yang bagus? Apakah dengan melihat frekuensi kesibukan saya? Tempoh di luar rumah yang tinggi?

Tidak. Antum tidak akan pernah tahu bila masanya saya berbuat ikhlas lillahi ta'ala dan bila masanya saya berbuat kerana riya'. Atau adakah antum ingin mendapatkan isteri wanita cantik yang memiliki segudang prestasi tetapi akhlaknya masih menjadi persoalan? Saya yakin sekiranya antum diberikan pertanyaan demikian, nescaya tekad antum akan berubah.

Akhifillah,
Tanyakan pada setiap akhawat kalau antum mampu. Yang tercantik sekalipun, maukah ia diperisterikan seseorang kerana dzahirnya belaka? Jawapannya, insya Allah tidak. Tahukah antum bahawa kecantikan zahir itu adalah mutlak pemberian Allah; Insya Allah antum tahu. Ia satu anugerah yang mutlak yang tidak boleh ditawar-tawar jika diberikan kepada seseorang atau dihindarkan dari seseorang. Jadi, manusia tidak mendapatkannya melalui pengorbanan. Lain halnya dengan kecantikan bathiniyyah. Ia melewati proses yang panjang. Berliku. Melalui pengorbanan dan segala macam pengalaman pahit. Ia adalah intisari dari manisnya kata, sikap, tindak tanduk dan perbuatan. Apabila seorang lelaki menikah wanita kerana kecantikan batinnya, maka ia telah amat sangat menghargai perjuangan seorang manusia dalam mencapai kemuliaan jati dirinya. Fahamkah akhi?

Akhifillah,
Anggota ini hanya pinjaman yang terpulang pada-Nya bila-bila masa mengambilnya. Tapi ruh, kecantikannya menjadi milik kita yang abadi. Kerananya, manusia diperintahkan untuk merawat ruhiyahnya bukan hanya jasmaninya yang boleh usang dan koyak sampai waktunya.

Akhifillah,
Kalau antum ingin mencari akhawat yang cantik, antum juga seharusnya menilai pihak yang lain. Mungkin antum tidak memerhatikannya dengan teliti. (Alhamdulillah, tercapai maksudnya untuk keluar rumah tanpa menimbulkan perhatian orang). Pakaiannya sederhana, ia hanya memiliki beberapa helai.

Dalam waktu seminggu antum akan menjumpainya dalam jubah-jubah yang tidak banyak koleksinya. Tempoh masanya untuk keluar rumah tidak lama. Ia lebih suka memasak dan mengurus rumah demi membantu kepentingan saudari-saudarinya yang sibuk da'wah di luar. Ia nyaris tidak mempunyai keistimewaan apa-apa kecuali kalau antum sudah melihat solatnya. Ia begitu khusyu'. Malam-malamnya dihiasi tahajjud dengan uraian air mata.

Dibaca Qur'an dengan terisak. Ia begitu tawadhu' dan zuhud. Ah, saya iri akan kedekatan dirinya dengan Allah. Benar, ia mengenal Rabbnya lebih dari saya. Dalam ketenangannya, ia tampak begitu cantik di mata saya. Beruntung ikhwan yang kelak memperisterikannya… (saya tidak perlu menyebut namanya.)

####

Malam semakin beranjak. Kantuk yang menghantar ke alam tidur tidak menyerang saat surat panjang ini belum selesai. Tapi, sudah menjadi kebiasaanku tidak boleh tidur tenang bila saudaraku tercinta tidak hadir menemani. Aku tergugat apabila merasakan bantal dan guling di samping

kanan telah kehilangan pemilik. Rasa penat yang belum terneutral menyebabkan tubuhku terhempas di sofa.Aida sedang diam dalam kekhusyu'kan. Wajahnya begitu syahdu, tertutup oleh deraian air mata. Entah apa yang terlintas dalam qalbunya. Sudah pasti ia merasakan aku tidak hairan saat menyaksikannya. Tegak dalam rakaatnya atau lama dalam sujudnya.

"Ukhti, tidak solat malam? " tanyanya lembut seusai melirik mata.

"Ya, sekejap," kupandang wajahnya. Ia menatap jauh keluar jendela ruang tamu yang dibiarkan terbuka. "Dzikrul maut lagi?"

"Husnudzan anti terlalu tinggi."

Aku tersenyum. Sikap tawadhu'mu, Aida, menyebabkan bertambah rasa rendah diriku. Angin malam berhembus dingin. Aku belum mahu beranjak dari tempat duduk. Aida pun nampaknya tidak meneruskan solat. Ia kelihatan seperti termenung menekuri kegelapan malam yang kelam.

"Saya malu kepada Allah," ujarnya lirih.

"Saya malu meminta sesuatu yang sebenarnya tidak patut tapi rasanya keinginan itu begitu mendesak dada. Siapa lagi tempat kita meminta kalau bukan diri-Nya?"

"Apa keinginan anti, Aida?" Aida menghela nafas panjang.

"Saya membaca buku Syeikh Abdullah Azzam pagi tadi," lanjutnya seolah tidak menghiraukan. "Entahlah, tapi setiap kali membaca hasil karyanya, selalu hadir simpati tersendiri. Hal yang sama saya rasakan tiap kali mendengar nama Hasan al-Banna, Sayyid Quthb atau mujahid lain saat nama mereka disebut. Ah, wanita macam mana yang dipilihkan Allah untuk mereka? Tiap kali nama Imaad Aql disebut, saya bertanya dalam hati: Wanita macam mana yang telah Allah pilih untuk melahirkannya?"Aku tertunduk dalam-dalam.

"Anti tahu," sambungnya lagi, "Saya ingin sekiranya boleh mendampingi orang-orang sekaliber mereka. Seorang yang hidupnya semata-mata untuk Allah. Mereka tak tergoda rayuan harta dan benda apalagi wanita. Saya ingin sekiranya boleh menjadi seorang ibu bagi mujahid-mujahid semacam Immad Aql…"

Air mataku menitis perlahan. Itu adalah impianku juga, impian yang kini mulai kuragui kenyataannya. Aida tak tahu berapa jumlah ikhwan yang telah menaruh hati padaku. Dan rasanya hal itu tak berguna diketahui. Dulu, ada sebongkah harapan kalau kelak lelaki yang mendampingiku adalah seorang mujahid yang hidupnya ikhlas kerana Allah. Aku tak menyalahkan mereka yang menginginkan isteri yang cantik. Tidak. Hanya setiap kali bercermin, ku tatap wajah di sana dengan perasaan duka. Setakat inikah nilaiku di mata mereka? Tidakkah mereka ingin menilaiku dari sudut kebagusan dien-ku?

"Ukhti, masih tersisakah ikhwah seperti yang kita impikan bersama?" desisku.

Aida menggenggam tanganku. "Saya tidak tahu. Meskipun saya sentiasa berharap dem?"

"Anti tak tahu," air mata mengalir tiba-tiba. "Anti tak tahu apa-apa tentang mereka."

"Mereka?"

"Ya, mereka," ujarku dengan kemarahan terpendam. "Orang-orang yang saya kagumi selama ini banyak yang jatuh berguguran. Mereka menyatakan ingin ta'aruf. Anti tak tahu betapa hancur hati saya menyaksikan ikhwan yang qowiy seperti mereka takluk di bawah fitnah wanita."

"Ukhti!"

"Sungguh, saya terfikir bahawa mereka yang aktif da'wah di kampus adalah mereka yang benar-benar mencintai Allah dan Rasul Nya semata.

Ternyata mereka mempunyai sekelumit niat lain."

"Ukhti, jangan su'udzan dulu. Setiap manusia punyai kelemahan dan saat-saat penurunan iman. Begitu juga mereka yang menyatakan perasaan kepada anti. Siapa yang tidak ingin punya isteri cantik dan solehah?"

"Tapi, kita tahukan bagaimana prosedurnya?"

"Ya, memang…"

"Saya merasa tidak dihargai. Saya berasa seolah-olah dilecehkan. Kalau ada pelecehan seksual, maka itu wajar kerana wanita tidak menjaga diri. Tapi saya…. Samakah saya seperti mereka?"

"Anti berprasangka terlalu jauh."

"Tidak," aku menggelengkan kepala. "Tiap kali saya keluar rumah, ada sepasang mata yang mengawasi dan siap menilai saya mulai dari hujung rambut -maksud saya hujung jilbab- hingga hujung sepatu. Apakah dia fikir saya boleh dinilai melalui nilaian fizikal belaka.."

"Kita berharap agar ia bukan jenis ikhwan seperti yang kita maksudkan."

"Ia orang yang aktif berda'wah di kampus ini, ukhti."

Aida memejamkan mata. Dapat kulihat ujung matanya basah. Kurebahkan kepala ke bahunya. Ada suara lirih yang terucap..

"Kasihan risalah Islam. Ia diemban oleh orang-orang seperti kita. Sedang kita tahu betapa berat perjuangan pendahulu kita dalam menegakkannya.
Kita disibukkan oleh hal-hal sampingan yang sebenarnya telah diatur Allah dalam kitab-Nya. Kita tidak menyibukkan diri dalam mencari hidayah. Kasihan kanak-kanak Palestin itu. Kasihan saudara-saudara kita di Bosnia . Adakah kita boleh menolong mereka kalau kualiti diri masih seperti ini? Bahkan cinta yang seharusnya milik Allah masih berpecah- pecah. Maka, kekuatan apa yang kita ada?"

Kami saling bertatapan kemudian. Melangkau seribu makna yang tidak mampu dikatakan oleh kosa kata. Ada janji. Ada mimpi. Aku mempunyai impian
yang sama seperti Aida: mendukung Islam di jalan kami. Aku ingin mempunyai anak-anak seperti Asma punyai. Anak-anak seperti Immad Aql. Aku tahu kualiti diri masih sangat jauh dari sempurna. Tapi seperti kata Aida; Meskipun aku lebih malu lagi untuk meminta ini kepada-Nya. Aku ingin menjadi pendamping seorang mujahid ulung seperti Izzuddin al-Qassam.

####

Akhifillah,
Mungkin antum tertawa membaca surat ini. Ah akhawat, berapa nilaimu sehingga mengimpikan mendapat mujahid seperti mereka? Boleh jadi tuntutanku terlalu besar. Tapi tidakkah antum ingin mendapat jodoh yang setimpal? Afwan kalau surat antum tidak saya layani. Saya tidak ingin masalah hati ini berlarutan. Satu saja yang saya minta agar kita saling menjaga sebagai saudara. Menjaga saudaranya agar tetap di jalan yang diredhai-Nya. Tahukah antum bahawa tindakan antum telah menyebabkan saya tidak lagi berada di jalan-Nya? Ada riya', ada su'udzhan, ada takabur, ada kemarahan, ada kebencian, itukah jalan yang antum bukakan untuk saya, jalan neraka? – 'Afwan.

Akhifillah,
Surat ini seolah menempatkan antum sebagai tertuduh. Saya sama sekali tidak bermaksud demikian. Kalau antum mahu cara seperti itu,silakan. Afwan, tapi bukan saya orangnya. Jangan antum kira kecantikan lahir telah menjadikan saya merasa memiliki segalanya. Jesteru, kini saya merasa iri pada saudari saya. Ia begitu sederhana.Tapi akhlaknya bak lantera yang menerangi langkah-langkahnya. Ia jauh dari fitnah. Sementara itu, apa yang saya punyai sangat jauh nilainya. Saya bimbang apabila suatu saat ia berhasil mendapatkan Abdullah Azzam impiannya, sedangkan saya tidak.

Akhifillah,
'Afwan kalau saya menimbulkan fitnah bagi antum. Insya Allah saya akan lebih memperbaiki diri. Mungkin semua ini sebagai peringatan Allah bahawa
masih banyak amalan saya yang riya' maupun tidak ikhlas. Wallahua'lam. Simpan saja cinta antum untuk isteri yang telah dipilihkan Allah. Penuhilah impian ratusan akhawat, ribuan ummat yang mendambakan Abdullah Azzam dan Izzuddin al-Qassam yang lain. Penuhilah harapan Islam yang ingin
generasi tangguh seperti Imaad Aql. Insya Allah antum akan mendapat pasangan yang bakal membawa hingga ke pintu jannah.

Akhifillah,
Malam bertambah-dan bertambah larut. Mari kita solat malam dan memandikan wajah serta mata kita dengan air mata. Mari kita sucikan hati dengan taubat nasuha. Pesan saya, siapkan diri antum menjadi mujahid. Insya Allah, akan ada ratusan Asma dan Aisyah yang akan menyambut uluran tangan antum untuk berjihad bersama-sama.

Yang terakhir, akhi, saudara seaqidahku, saya persembahkan bingkisan indah sebuah syair karya pujangga besar Muhammad Iqbal. Semoga menjadi renungan kita bersama untuk lebih meningkatkan ketaqwaan dan keimanan.

Friday, February 19, 2010

Wasiat Terakhir


Seandainya kau tangisi kematian ku
Dan kau siram pusara ku dengan air matamu
Maka diatas tulang ku yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat umat mulia ini Dan
Dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya

Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan Kekasih yang sedang merinduku
Taman-taman di syurga bangga menerimaku
Burung-burung berkicau riang menyambut ku
Berbahagialah hidupku di alam abadi

Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah roh ku terbang mendapatkan rindunya
Janganlah gentar berkelana ke alam abadi
Nun di sana fajar sedang memancar

oleh: Sayyid Qutub-1966

Kemanakah cinta kita menghilang?

Kemanakah cinta kita menghilang Ya Allah?
Ke hutan belantara ke gaung curam kucari.
Tapi tiada kujumpa ya Allah.
Tiada kujumpa!
Adakah ia telah lenyap buat selamanya?
Terhembus keluar dari atmosfera cintaku?
Tak layakkah diriku untuk menikmatinya hingga nafas terakhirku?


Jangan begini,
 aku tidak mampu ya Allah.
CintaMu itu umpama desiran bayu.
Yang perlahan-lahan mengusap jiwa
Yang perlahan-lahan membuatku bahagia
Aku cemburui Rabiatul Adawiyah ya Allah
Mengapa bukan aku yang Kau pilih?
Mengapa bukan aku?


Jangan sampai satu titik hitam itu memusnahkan yang lain juga.
Aku tahu kelemahanku ya Allah.
Aku tahu itu. Dan sebenar-benarnya aku tahu.
Lantas, inilah yang aku bimbangkan.
Bisikkan pada pintu langit, jangan biarkan aku menunggu lagi


Teratai putih, menjelmalah!
Pari kecil, bawalah...
Debunga sakti, terbanglah...
Dan CINTA, kembalilah!


kemana cinta kita menghilang ya Tuhan?


jangan biarkan aku meninggalkanMu lagi ya Tuhan
jangan sampai aku jadi insan munafik
nauzubillah
aku gembira dan bahagia
 jika hanya Kau bisa kembalikan cinta kita ya Allah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...