Tuesday, December 22, 2009

GADIS IDAMAN SYURGA

Gadis itu wajahnya berona NUR IMAN...
Mahkotanya dilitupi tanda KEHORMATAN...
Maruah diri dipagari dengan KESOPANAN...
Dialah puteri indah RUPAWAN...
Tika gadis lain sibuk menghias diri...
Dia hias NUR ILAHI pada wajahnya...
Tika gadis lain sibuk mencari SANG PUTERA,
dia selesa bersama cintaNYA...
Tika gadis lain sibuk BERMADAH PUJANGGA....
Dia tekun dengan BAIT KATA TUHANNYA...
Tika gadis lain menangisi pemergian ARJUNA...
Dia tangisi KEHINAAN DIRI sebagai hamba...
Gadis itu seperti MAWAR BERDURI...
Indah dipandang namun sukar DIPEGANG...
Mulia kerana KETAQWAAN,
Cantiknya kerana keperibadian AKHLAK MULIA...
Kerana itulah dikatakan GADIS IDAMAN...

Moga kitalah gadis yang dirindui oleh syurga...Amin....


 PERINDU SYAHID ABADI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...