Friday, December 31, 2010

Kenapa Jalan Tak Jem Semasa Cuti Sekolah?

Hairan, ya? Mengapa lebuh raya tak sesak masa cuti sekolah? Apa bezanya cuti sekolah dengan tak cuti sekolah hinggakan jalan raya jadi lengang? Pada musim persekolahan, bukan jalan raya di kawasan sekolah sahaja yang sesak, malah lebuh raya pun begitu.
Takkanlah ramai sangat ibu bapa hantar anak-anak ke sekolah yang jauh dari rumah hingga terpaksa memasuki lebuh raya sampai ia sesak? Apakah jalan raya tak sesak kerana ramai yang balik kampung? Ramainya balik kampung?
Pandangan rambang saya di kawasan tempat tinggal saya, ramai ibu bapa yang masih bekerja. Mereka tak cuti balik kampung hingga melengangkan jalan raya. Oleh itu mengapa jalan tak jem masa cuti sekolah ni? Apakah kerana jalan jem di musim sekolah kerana jalan dan lebuh raya sesak dipenuhi dengan bas-bas sekolah? Dan kerana bas-bas sekolah juga bercuti, jalan jadi lengang? Eh, tidaklah!
Setelah saya jadikan ia topik perbualan dengan teman-teman sepejabat, baharulah saya tahu sebabnya. Salah seorang daripada mereka kata, jalan raya tak jem masa cuti sekolah kerana pada waktu sekolah, jalan dan lebuh raya dipenuhi dengan kenderaan cikgu-cikgu! Bila sekolah cuti, cikgu-cikgu pun bercuti. Jadi jalan tak jem. Hmm... betul jugak.
Tapi saya fikir, jalan raya lengang masa cuti sekolah kerana ramai murid-murid sekolah pakai kereta! Bila mereka bercuti dan tak pergi sekolah, maka jalan jadi lengang.
Eh, gitu pulak! Hua, hua, hua!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...